Saturday 28 May 2011

Periksa

Tiada rasa ketahanan tanpa ujian

Tiada rasa kehambaan tanpa keresahan

Tiada rasa pergantungan tanpa kepayahan

Moga Allah memberi

Kemudahan dalam keperitan….



Bermulalah sekarang episod bertapa di rumah setelah tamat kuliah tahun keempat secara rasminya pada minggu yang lepas. Minggu hadapan pula saya akan menghadapi end round exam bagi subjek forensik dan toxikologi sebelum kaki ini melangkah ke peperiksaan akhir tahun keempat ini.

Tahun keempat dengan 4 subjek yang bakal dihadapi semasa pepriksaan nanti.

Community medicine and Public Health

Ear, Nose and Throat

Forensic and Toxicology

Ophthalmology

Moga ujian dunia tidak memberatkan fikiran dan merapatkan diri ini kepada Rabbi. Periksa- periksa juga, tapi ingat kita ini tetap hamba kepadaNya. Moga sentiasa menjadi hambaNya yang terbaik. Buat kawan- kawan semua..

بتوفيق و نجاح

“ Sesiapa yang ditimpa kesusahan lalu mengeluh kepada manusia tidak akan ditutup kekurangannya tetapi jika disandangkan kepada Allah maka ia akan diberi kesenangan atau meninggal dunia”[ hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, Hakim]

*Musim peperiksaan ini memang tak update blog rasanya. Jadi tak perlulah buka blog ini selalu ya:)

Saturday 14 May 2011

Balik 'kampung'

Hati berbunga bila semalam semua ahli beit Hawariyyin sepakat untuk balik ‘kampung’. Sangat rindu untuk ke tanah damai itu. Tempat aku dilahirkan semula setibanya aku di Ardul Kinanah ini untuk memulakan perjalanan hidup baru dalam mengutip seribu satu pengalaman dan ilmu. Di situlah tempat di mana aku mula belajar untuk sabar dan redha dengan segala suka dan duka dalam kehidupan sebagai anak rantau :)

Selesai sahaja menyampaikan khabar kepada mama, abah dan adik- beradik semua melalui skype dan bersolat asar, kami semua pun memulakan langkah untuk ke sana. Tanah bersejarah Fustat, Misr Qadimah.

Sila klik untuk mengenali kota lama ini. Sejarahnya, bukan sahaja tertanam beberapa tahun lepas di dalam mindaku ini, tetapi juga di dalam jiwa setiap warga Mesir dan dunia seluruhnya. Biarlah link tersebut bercerita dan dijemput untuk mencari sendiri maklumat- maklumat tambahan :)

Ini pula kisah dia dan keluarganya yang dahulu dan kini sentiasa menghulurkan tangan dan menyambut kehadiran kami semua dengan baiknya. Teringat kali pertama bersua dengannya suatu ketika dahulu di bulan Ramadhan 2007 di Gami’ [masjid] Syafie. Ramadhan pertama sebagai anak rantau yang dijangkakan agak pilu tanpa keluarga di sisi rupanya tidaklah seteruk yang disangka. Tambah pula di bumi Mesir ini. Sangat seronok apabila malam- malamnya lebih hidup lebih daripada hari- hari apabila tibanya Syawal.

Sebenarnya pada mulanya, aku sekadar mengetahui nama dan rupanya sahaja. Dan beberapa hari selepas itu, kami [beberapa orang ikhwah dan akhwat] telah di pelawa olehnya untuk bertandang ke rumahnya untuk berbuka puasa. Dan saat itulah, aku mula lebih mengenali dia dan keluarganya. Moga ‘anak- anaknya’ ini tidak lupa akan setiap pesan dan nasihat yang disampaikan olehnya. Moga dia dan keluarganya terus sihat dan dirahmati Allah selalu :)

* Buat kesekian kalinya dapat ber'skype' dengan famili tercinta semalam. Seronok

** Round Forensik dan Toxikologi dah nak habis menunjukkan saat end round exam semakin hampir.

*** Final 4th year exam pula akan bermula pada 12 Jun sehingga 17 Julai. Doakan :)