Wednesday 11 April 2012

Ujian dariNya


terima kasih pemilik gambar


:)

Lama tak menulis. Sihat semua? Baiklah, cerita sedikit tentang round saya yang sekarang ini. Obstetrik dan gynaekologi. Tak sangka sungguh. Baru beberapa hari saya berkenalan dengan subjek ini, dah jatuh cinta. sekarang, tinggal lebih kurang sebulan lebih lagi sebelum saya dan kawan- kawan yang lain akan menghadapi peperiksaan. Gulp~

Periksa…

Kebanyakkan daripada kita memang alergik sungguh dengan periksa- periksa ini. Pantang dengar, mesti nanti ada di kalangan kita yang merasa tertekan lah..hmm, macam- macam lagi. Ok, banyak lagi peperiksaan lain yang kita terpaksa hadapi sebenarnya contohnya seperti kesakitan, musibah, rasa sedih dan perlu kita ingat kesenangan juga merupakan salah satu daripada ujian.

Ingat tak…

“ Maha Suci Allah yang menguasai segala kerajaan, dan Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Berkuasa, Maha Pengampun. [ surah Al-Mulk, ayat 1-2]

Iya, memang Allah nak menguji kita sama ada  kita ini tahan tak dengan ujian ataupun kita cepat berputus asa dari rahmat Allah. Dia juga memberi peluang kepada kita untuk berdoa dan terus berdoa kepadaNya supaya kita lebih rapat denganNya atau adakah kita ini sebagai seorang hamba yang semakin jauh pula daripadaNya apabila sesuatu ujian itu menimpa diri kita..

Jom kita cuba hayati beberapa sirah nabi- nabi terdahulu. Rasulullah S.A.W merupakan insan yang sangat banyak menerima ujian ketika dakwah baginda S.A.W. Malah sampai suatu tahap baginda S.A.W diancam bunuh oleh pihak kafir Quraisy semasa peristiwa hijrah dan rancangan tersebut tidak berhasil kerana Allah sentiasa memelihara Rasulullah S.A.W.  Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail dengan ujian yang lain pula. Ujian dalam melawan godaan syaitan yang cuba menghasut agar mereka tidak menjalankan perintah Allah.

Nabi Sulaiman a.s yang terkenal dengan kekayaannya pula diuji dengan hartanya dan harta tersebut sedikit pun tidak menyebabkannya terpesong untuk ke arah mencintai dunia.

Kalau kita renungi sirah- sirah ini kita dapati setiap daripada utusan- utusan Allah ini telah diberikan pelbagai bentuk ujian sepanjang kehidupan mereka..Sedangkan nabi- nabi pun diuji, inikan pula kita dan sesungguhnya Allah menguji hamba- hambaNya mengikut kemampuan masing- masing!

terima kasih pemilik gambar


“  Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya…………” [ surah Al-Baqarah, ayat 286]

Ujian buat kita memang akan sentiasa ada dan moga- moga kita akan sentiasa sabar dan lebih rapat kepadaNya..:)

Sunday 19 February 2012

Lambai dari jauh




Tak sempat nak hantar dia pergi airport semalam macam orang di Malaysia nun. Maklumlah, aku dekat sini ke arah barat dari Malaysia dan dia pula ke arah tenggara. Dua kali ganda jauh dengan aku kini. Iyelah, kalau dengan Malaysia beza jam dengan Mesir ini 6 jam je. Kalau dengan negara nun di tenggara tu, huh..lagi jauh jarak masa dan tempatnya.

Selamat mengutip pengalaman baru di negara orang. Jaga diri, banyakkan bergantung harap kepadaNya dan belajar rajin- rajin ya. Mampu kirim doa dari jauh je.

Nanti senang- senang aku kan ke sana.[:D..kena kumpul duit la gini]

* sekarang tengah round surgeri dan lepas ini subjek yang terakhir sekali untuk tahun yang kelima, obstetrik dan gynekologi [sakit puan]

** Hari- hari ada je perkara yang 'memaksa' aku bergerak keluar dari terperap dalam rumah.Hehe... memang tak duduk diam. Moga Allah permudahkan.

*** Nak kongsi jaulahku ke turki tempoh hari..insyaAllah.

**** Final pun rasa semakin hampir. Mari kuat semangat untuk mengadap buku- buku terutamanya Pediatrik dan Sakit Puan.

Itu je update ringkas. Ok, sambung membaca sikit sebelum mata ngantuk kejap lagi:)

Monday 7 November 2011

Pengorbanan



Pertama sekali nak cakap yang sebenarnya sekarang ini saya agak segan dengan rakan- rakan blogger dan pembaca semua. Blog ini memang sudah lama sangat dibiarkan KOSONG. Hampir tak teringat pun tentang kewujudannya. Kesian. Dan dalam tempoh yang agak lama ini juga, banyak perkara yang telah terjadi. Alhamdulillah, kini saya telah menamatkan round yang pertama untuk tahun  kelima ini, Internal Medicine. Subjek tersebut akan diambil semula pada tahun yang keenam akan datang. Banyak lagi sebenarnya… Selepas ini pula, saya akan berdepan dengan subjek kesukaan saya, Paediatric atau lebih dikenali sebagai kesihatan kanak- kanak. Teruja dan moga nanti saya dapat mengambil pengajaran dari insan- insan kecil ini yang masih bersih dari segala bentuk dosa. ( tak macam kita yang telah dewasa ni..)


Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan salam Eidul Adha buat semua. “Kullu sanah wa antum toyyibun”..ucapan selamat yang biasanya digunakan oleh masyarakat arab di sini yang bermaksud (lebih kurang) moga anda semua berada dalam keadaan yang baik sepanjang tahun ini :) Ucapan yang juga sebenarnya adalah sebuah doa yang sangat indah yang dilafazkan setiap kali tibanya Eidul Adha ataupun Eidul Fitri.



Masyarakat arab di sini juga biasanya sangat ramai yang melakukan ibadah korban. Darah merata- rata:) Ada yang mengorbankan unta, kambing, khoruf dan lembu. Ramai yang berebut- rebut untuk menunaikan ibadah korban..Alhamdulillah. Moga- moga kita yang sama- sama menyambut Eidul Adha ini dapat mengambil iktibar dari sirah Nabi Ibrahim a.s dan anak baginda Nabi Ismail a.s dan betul- betul faham dan hayati setiap teladan dari kisah ini.




Peringatan buat diri sendiri juga, pengorbanan seorang hamba bukan sahaja dari segi harta, malahan tenaga, masa lapang dan diri sendiri terhadap agama dan masyarakat juga adalah satu bentuk pengorbanan. Pengorbanan juga bukanlah suatu perkara yang hanya boleh dilakukan pada musim- musim tertentu sahaja, malahan sepanjang masa.


Sangat mendalam makna pengorbanan ini. Malu rasanya apabila mengukur diri sendiri dari sudut pengorbanan :(


“ kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui” (surah Ali Imran:92)


Ingat..ingat..ingat


Masih belum terlambat untuk berusaha melatih diri sendiri untuk berkorban dan moga semuanya demi redha Ilahi…:)   


Thursday 11 August 2011

Ramadhan dan elektif

Sudah lama tak menulis di blog ni. Kesian tengok. Tapi tak adalah stress sangat, blog sendiri kan :P Sebenarnya dah lama peperiksaaan habis dan sekarang ini dah ada di Malaysia dah pun. Minggu pertama memang tak buat apa- apa sangat pun. Ambil masa untuk menstabilkan diri dengan waktu Malaysia. Jet lag lah katakan~

Dan sekarang tengah mengisi masa dengan membuat elektif di hospital. Saya seronok. Mulanya saya berada di Jabatan Medikal dan sekarang ini di Jabatan Kecemasan pula. Banyak lagi yang kena belajar.

Update ringkas. Ramadhan kareem buat semua. Doakan moga semua berjaya meningkatkan segala amalan dan memanfaatkan bulan yang mulia ini.

Thursday 7 July 2011

Wahan


Pelik benar manusia ini ada ketikanya. Selalunya dia akan sentiasa berusaha untuk mempercepatkan dirinya agar tiba ke kuliah atau ke tempat kerja tepat pada masanya. Iyalah, takut- takut nanti dimarahi oleh majikan ataupun didenda oleh guru- gurunya.

Kalau yang nak hadir ke mesyuarat pula, pasti dia akan mempersiapkan diri terlebih dahulu. Segala laporan yang perlu dilengkapkan dan dia akan berusaha bersungguh- sungguh untuk tiba awal ke lokasi. Mana boleh datang lambat. Lagi- lagi kalau dia merupakan kepala dalam organisasi tersebut, memang pantang untuk menonjolkan kekurangan di hadapan anak buah. Malu, nanti mesti ramai anak buah yang pandang sinis dan mengumpat itu dan ini tentangnya.

Nak menghadapi peperiksaan pun, pasti setiap daripada calon akan mempersiapkan diri dengan mengulang kaji satu persatu nota yang ada. Bukan setakat membaca, dia juga turut menambah usahanya dengan membuat pelbagai latihan. Barulah yakin untuk melangkahkan kaki ke dewan peperiksaan nanti. Barulah boleh berjaya.

Macam- macam ragam kita. Kita selalu berjaga- jaga dalam menghadapi manusia dan kehidupan di dunia. Tak salah pun sebenarnya kita membuat persediaan itu dan ini. Memang tugas kita pun untuk berusaha sehabis baik. Memang itu kewajipan dan amanah kita. Tapi sedar atau tidak, adakalanya kita sering berlengah- lengah terhadap Rabbi. Sedangkan, DIA lebih berhak.

Seringkali, kita lambat- lambat untuk solat di awal waktu. Manakan tidak, kita terlalu asyik menonton rancangan kegemaran kita di televisyen ataupun berbual . Kita sibuk.

Adakalanya pula, Al-Quran kadang- kadang kita selak dan baca sehelai dua sahaja dalam sehari. Kita tahu bahawa al-Furqan itu merupakan manual kehidupan kita, tapi kita lebih asyik untuk membaca majalah atau novel cinta berbanding menyelami makna- makna yang terkandung dalam al-Quran itu sendiri.

Inilah dia penyakit wahan yang sangat berbahaya.

Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi s.a.w. kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”(Riwayat Abu Daud)

Buih- buih di lautan memang banyak tapi pasti ianya akan punah apabila dipukul ombak. Tidak kuat dan tidak teguh. Moga kita tidak menjadi seperti buih.

Moga kita menjadi hamba yang sentiasa menjaga hubungannya dengan Al-Khaliq, Pencipta kita. Sesungguhnya memelihara tindak tanduk kita dihadapan Rabbi adalah lebih penting daripada segala- galanya.

" Dan tidak dijadikan jin dan manusia itu melainkan untuk memperhambakan diri kepadaKU" [surah Az-zariyat:56]