Pertama sekali nak cakap yang sebenarnya
sekarang ini saya agak segan dengan rakan- rakan blogger dan pembaca semua. Blog
ini memang sudah lama sangat dibiarkan KOSONG. Hampir tak teringat pun tentang
kewujudannya. Kesian. Dan dalam tempoh yang agak lama ini juga, banyak perkara
yang telah terjadi. Alhamdulillah, kini saya telah menamatkan round yang pertama untuk tahun kelima ini, Internal Medicine. Subjek tersebut akan diambil semula pada tahun
yang keenam akan datang. Banyak lagi sebenarnya… Selepas ini pula, saya akan
berdepan dengan subjek kesukaan saya, Paediatric
atau lebih dikenali sebagai kesihatan kanak- kanak. Teruja dan moga nanti saya
dapat mengambil pengajaran dari insan- insan kecil ini yang masih bersih dari
segala bentuk dosa. ( tak macam kita yang telah dewasa ni..)
Rasanya masih belum terlambat
untuk mengucapkan salam Eidul Adha buat semua. “Kullu sanah wa antum toyyibun”..ucapan selamat yang biasanya
digunakan oleh masyarakat arab di sini yang bermaksud (lebih kurang) moga anda
semua berada dalam keadaan yang baik sepanjang tahun ini :) Ucapan yang juga
sebenarnya adalah sebuah doa yang sangat indah yang dilafazkan setiap kali
tibanya Eidul Adha ataupun Eidul Fitri.
Masyarakat arab di sini juga
biasanya sangat ramai yang melakukan ibadah korban. Darah merata- rata:) Ada
yang mengorbankan unta, kambing, khoruf dan lembu. Ramai yang berebut- rebut
untuk menunaikan ibadah korban..Alhamdulillah. Moga- moga kita yang sama- sama menyambut
Eidul Adha ini dapat mengambil iktibar dari sirah Nabi Ibrahim a.s dan anak
baginda Nabi Ismail a.s dan betul- betul faham dan hayati setiap teladan dari
kisah ini.
Peringatan buat diri sendiri
juga, pengorbanan seorang hamba bukan sahaja dari segi harta, malahan tenaga,
masa lapang dan diri sendiri terhadap agama dan masyarakat juga adalah satu
bentuk pengorbanan. Pengorbanan juga bukanlah suatu perkara yang hanya boleh
dilakukan pada musim- musim tertentu sahaja, malahan sepanjang masa.
Sangat mendalam makna pengorbanan
ini. Malu rasanya apabila mengukur diri sendiri dari sudut pengorbanan :(
“ kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan
sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal
itu sungguh, Allah Maha Mengetahui” (surah Ali Imran:92)
Ingat..ingat..ingat
Masih belum terlambat untuk
berusaha melatih diri sendiri untuk berkorban dan moga semuanya demi redha
Ilahi…:)
No comments:
Post a Comment