Monday 14 February 2011

Award pertama

Pertama kali mendapat award… jazakillah WaNhA. Dapat pada 27 Januari lepas, cuba kira tempoh pemeraman award ini..huhu. Lama sangat. Maaf ya. Maklumlah, sekarang ini baru berkesempatan untuk berintenet.


Bawah ini pula soalan- soalan yang saya kena jawab..:D


1) 4 ciri lelaki idaman untuk dijadikan suami.

Baik- baik, saya cuba lengkapkan jawapan untuk soalan di atas.Huhu.. Blushing pula tulis kat sini. Tapi tak apalah kan..Ciri- cirinya adalah seperti berikut:

a) Cinta Allah dan RasulNya melebihi cinta- cintanya yang lain


b) Beriman


c)Berakhlak


Nabi bersabda; "Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi" ,(Hadith Riwayat Termidzi dan Ahmad)


d) Pemimpin (bertanggungjawab)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu".(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim,
Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)


* Banyaknya perkara yang saya sendiri kena buat untuk menjadi wanita ahli syurga..Moga Allah sentiasa menunjuk jalanNya dan menuntun langkah ini ke arah redhaNya


2) Tips mengekalkan hubungan dengan pasangan.

Payah juga soalan ni…sebab tak kahwin pun lagi :P Mungkin nanti saya (kami..huhu) perlu buat perkara ini..

Tolak ansur


Husnul zon


Etc….


3) Pernah ada jumpa doa pendekat jodoh atau putus cinta?




** Lebih kurang macam doa si pemberi award je..Pasal doa putus cinta tu, saya tak jumpa laa..huhu



4) 10 link pilihan anda & beritahu mereka telah memenangi award ini.


Tak tahulah nak bagi kat siapa, jadi kepada sesiapa yang terbaca entri award ini..anda WAJIB menjawab soalan- soalan di atas ini…jawab dalam hati pun tak apa :D (lebih kurang muhasabah kepada diri sendiri pula)


*** Blogger buat hal, tulisan blog saya jadi buruk :(


Sunday 13 February 2011

Lainnya kali ini




Memang benarlah, apa yang akan terjadi pada esok hari adalah diluar jangkauan akal manusia. Cuti musim sejuk kali ini lain sangat kalau nak dibandingkan dengan cuti- cuti musim sejuk yang lepas. Pada mulanya, memang ada rancangan untuk keluar daripada Mesir ke beberapa negara jiran. Bincang- bincang dengan beberapa sahabat dan akhirnya kami bersepakat untuk ke TULUSY ( Turki, Syria dan Lubnan) Tapi lain pula jadinya. Mungkin ada yang mengatakan bahawa kami sedikit terkilan kerana tidak dapat pergi ke negara- negara tersebut, tapi sebenarnya bagi saya sendiri pengalaman kali ini adalah lebih berharga berbanding apa yang kami rancangkan. Dan pengalaman kali ini juga tidak mungkin kami lupakan.


---> Abbasiyyah (ARMA: 5 hari)

---> Jeddah (Kompleks Tabung Haji Madinatul Hujjaj: ± 5 hari)

---> Malaysia


Dan sekarang menanti saat kembali semula ke bumi Ardul Kinanah. Kembali ke sana untuk menyambung pengajian dan belajar erti kehidupan. Tahniah diucapkan kepada seluruh rakyat Mesir atas kemenangan yang mereka perolehi dan moga kita semua sentiasa diberikan yang terbaik oleh Ilahi.


* Entri ringkas, macam tak menyempat nak menulis. Apa- apapun pun moga kita semua boleh mengambil iktibar dan pengajaran daripada perkara yang telah berlaku ini.