Monday 7 November 2011

Pengorbanan



Pertama sekali nak cakap yang sebenarnya sekarang ini saya agak segan dengan rakan- rakan blogger dan pembaca semua. Blog ini memang sudah lama sangat dibiarkan KOSONG. Hampir tak teringat pun tentang kewujudannya. Kesian. Dan dalam tempoh yang agak lama ini juga, banyak perkara yang telah terjadi. Alhamdulillah, kini saya telah menamatkan round yang pertama untuk tahun  kelima ini, Internal Medicine. Subjek tersebut akan diambil semula pada tahun yang keenam akan datang. Banyak lagi sebenarnya… Selepas ini pula, saya akan berdepan dengan subjek kesukaan saya, Paediatric atau lebih dikenali sebagai kesihatan kanak- kanak. Teruja dan moga nanti saya dapat mengambil pengajaran dari insan- insan kecil ini yang masih bersih dari segala bentuk dosa. ( tak macam kita yang telah dewasa ni..)


Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan salam Eidul Adha buat semua. “Kullu sanah wa antum toyyibun”..ucapan selamat yang biasanya digunakan oleh masyarakat arab di sini yang bermaksud (lebih kurang) moga anda semua berada dalam keadaan yang baik sepanjang tahun ini :) Ucapan yang juga sebenarnya adalah sebuah doa yang sangat indah yang dilafazkan setiap kali tibanya Eidul Adha ataupun Eidul Fitri.



Masyarakat arab di sini juga biasanya sangat ramai yang melakukan ibadah korban. Darah merata- rata:) Ada yang mengorbankan unta, kambing, khoruf dan lembu. Ramai yang berebut- rebut untuk menunaikan ibadah korban..Alhamdulillah. Moga- moga kita yang sama- sama menyambut Eidul Adha ini dapat mengambil iktibar dari sirah Nabi Ibrahim a.s dan anak baginda Nabi Ismail a.s dan betul- betul faham dan hayati setiap teladan dari kisah ini.




Peringatan buat diri sendiri juga, pengorbanan seorang hamba bukan sahaja dari segi harta, malahan tenaga, masa lapang dan diri sendiri terhadap agama dan masyarakat juga adalah satu bentuk pengorbanan. Pengorbanan juga bukanlah suatu perkara yang hanya boleh dilakukan pada musim- musim tertentu sahaja, malahan sepanjang masa.


Sangat mendalam makna pengorbanan ini. Malu rasanya apabila mengukur diri sendiri dari sudut pengorbanan :(


“ kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui” (surah Ali Imran:92)


Ingat..ingat..ingat


Masih belum terlambat untuk berusaha melatih diri sendiri untuk berkorban dan moga semuanya demi redha Ilahi…:)   


Thursday 11 August 2011

Ramadhan dan elektif

Sudah lama tak menulis di blog ni. Kesian tengok. Tapi tak adalah stress sangat, blog sendiri kan :P Sebenarnya dah lama peperiksaaan habis dan sekarang ini dah ada di Malaysia dah pun. Minggu pertama memang tak buat apa- apa sangat pun. Ambil masa untuk menstabilkan diri dengan waktu Malaysia. Jet lag lah katakan~

Dan sekarang tengah mengisi masa dengan membuat elektif di hospital. Saya seronok. Mulanya saya berada di Jabatan Medikal dan sekarang ini di Jabatan Kecemasan pula. Banyak lagi yang kena belajar.

Update ringkas. Ramadhan kareem buat semua. Doakan moga semua berjaya meningkatkan segala amalan dan memanfaatkan bulan yang mulia ini.

Thursday 7 July 2011

Wahan


Pelik benar manusia ini ada ketikanya. Selalunya dia akan sentiasa berusaha untuk mempercepatkan dirinya agar tiba ke kuliah atau ke tempat kerja tepat pada masanya. Iyalah, takut- takut nanti dimarahi oleh majikan ataupun didenda oleh guru- gurunya.

Kalau yang nak hadir ke mesyuarat pula, pasti dia akan mempersiapkan diri terlebih dahulu. Segala laporan yang perlu dilengkapkan dan dia akan berusaha bersungguh- sungguh untuk tiba awal ke lokasi. Mana boleh datang lambat. Lagi- lagi kalau dia merupakan kepala dalam organisasi tersebut, memang pantang untuk menonjolkan kekurangan di hadapan anak buah. Malu, nanti mesti ramai anak buah yang pandang sinis dan mengumpat itu dan ini tentangnya.

Nak menghadapi peperiksaan pun, pasti setiap daripada calon akan mempersiapkan diri dengan mengulang kaji satu persatu nota yang ada. Bukan setakat membaca, dia juga turut menambah usahanya dengan membuat pelbagai latihan. Barulah yakin untuk melangkahkan kaki ke dewan peperiksaan nanti. Barulah boleh berjaya.

Macam- macam ragam kita. Kita selalu berjaga- jaga dalam menghadapi manusia dan kehidupan di dunia. Tak salah pun sebenarnya kita membuat persediaan itu dan ini. Memang tugas kita pun untuk berusaha sehabis baik. Memang itu kewajipan dan amanah kita. Tapi sedar atau tidak, adakalanya kita sering berlengah- lengah terhadap Rabbi. Sedangkan, DIA lebih berhak.

Seringkali, kita lambat- lambat untuk solat di awal waktu. Manakan tidak, kita terlalu asyik menonton rancangan kegemaran kita di televisyen ataupun berbual . Kita sibuk.

Adakalanya pula, Al-Quran kadang- kadang kita selak dan baca sehelai dua sahaja dalam sehari. Kita tahu bahawa al-Furqan itu merupakan manual kehidupan kita, tapi kita lebih asyik untuk membaca majalah atau novel cinta berbanding menyelami makna- makna yang terkandung dalam al-Quran itu sendiri.

Inilah dia penyakit wahan yang sangat berbahaya.

Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi s.a.w. kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”(Riwayat Abu Daud)

Buih- buih di lautan memang banyak tapi pasti ianya akan punah apabila dipukul ombak. Tidak kuat dan tidak teguh. Moga kita tidak menjadi seperti buih.

Moga kita menjadi hamba yang sentiasa menjaga hubungannya dengan Al-Khaliq, Pencipta kita. Sesungguhnya memelihara tindak tanduk kita dihadapan Rabbi adalah lebih penting daripada segala- galanya.

" Dan tidak dijadikan jin dan manusia itu melainkan untuk memperhambakan diri kepadaKU" [surah Az-zariyat:56]

Wednesday 15 June 2011

The rosebud and me


I’m somehow a bit busy right now. There will be 8 papers left for the final exam. But I think I should put in a new post here since it was empty without anything for weeks. I’ve searched for a book of mine and rewrite here something which I really like.

This isn’t mine actually. I found it somewhere few years ago and copied it into my book. The words are so meaningful and penetrate deeply inside my heart. Thank you so much to the poet for such a beautiful reminder.


It is only a tiny rosebud

A flower of Allah’s design

But I cannot unfold the petal

With this clumsy hands of mine


The secret of unfolding flowers

Is not known as such as I

Allah opens this flower so sweetly

Then in my hands they die


If I cannot unfold the rosebud

This flower of Allah’s design

Then how can I have the wisdom

To unfold this life of mine


So I trust in Allah for leading

Each moment of my day

I will look to Allah for His guidance

Each step of the way


The pathway that lies before me

Only Allah knows

I’ll trust Him to unfold the moments

Just as He unfold the roses


* I am not me in these few days.

Saturday 28 May 2011

Periksa

Tiada rasa ketahanan tanpa ujian

Tiada rasa kehambaan tanpa keresahan

Tiada rasa pergantungan tanpa kepayahan

Moga Allah memberi

Kemudahan dalam keperitan….



Bermulalah sekarang episod bertapa di rumah setelah tamat kuliah tahun keempat secara rasminya pada minggu yang lepas. Minggu hadapan pula saya akan menghadapi end round exam bagi subjek forensik dan toxikologi sebelum kaki ini melangkah ke peperiksaan akhir tahun keempat ini.

Tahun keempat dengan 4 subjek yang bakal dihadapi semasa pepriksaan nanti.

Community medicine and Public Health

Ear, Nose and Throat

Forensic and Toxicology

Ophthalmology

Moga ujian dunia tidak memberatkan fikiran dan merapatkan diri ini kepada Rabbi. Periksa- periksa juga, tapi ingat kita ini tetap hamba kepadaNya. Moga sentiasa menjadi hambaNya yang terbaik. Buat kawan- kawan semua..

بتوفيق و نجاح

“ Sesiapa yang ditimpa kesusahan lalu mengeluh kepada manusia tidak akan ditutup kekurangannya tetapi jika disandangkan kepada Allah maka ia akan diberi kesenangan atau meninggal dunia”[ hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, Hakim]

*Musim peperiksaan ini memang tak update blog rasanya. Jadi tak perlulah buka blog ini selalu ya:)

Saturday 14 May 2011

Balik 'kampung'

Hati berbunga bila semalam semua ahli beit Hawariyyin sepakat untuk balik ‘kampung’. Sangat rindu untuk ke tanah damai itu. Tempat aku dilahirkan semula setibanya aku di Ardul Kinanah ini untuk memulakan perjalanan hidup baru dalam mengutip seribu satu pengalaman dan ilmu. Di situlah tempat di mana aku mula belajar untuk sabar dan redha dengan segala suka dan duka dalam kehidupan sebagai anak rantau :)

Selesai sahaja menyampaikan khabar kepada mama, abah dan adik- beradik semua melalui skype dan bersolat asar, kami semua pun memulakan langkah untuk ke sana. Tanah bersejarah Fustat, Misr Qadimah.

Sila klik untuk mengenali kota lama ini. Sejarahnya, bukan sahaja tertanam beberapa tahun lepas di dalam mindaku ini, tetapi juga di dalam jiwa setiap warga Mesir dan dunia seluruhnya. Biarlah link tersebut bercerita dan dijemput untuk mencari sendiri maklumat- maklumat tambahan :)

Ini pula kisah dia dan keluarganya yang dahulu dan kini sentiasa menghulurkan tangan dan menyambut kehadiran kami semua dengan baiknya. Teringat kali pertama bersua dengannya suatu ketika dahulu di bulan Ramadhan 2007 di Gami’ [masjid] Syafie. Ramadhan pertama sebagai anak rantau yang dijangkakan agak pilu tanpa keluarga di sisi rupanya tidaklah seteruk yang disangka. Tambah pula di bumi Mesir ini. Sangat seronok apabila malam- malamnya lebih hidup lebih daripada hari- hari apabila tibanya Syawal.

Sebenarnya pada mulanya, aku sekadar mengetahui nama dan rupanya sahaja. Dan beberapa hari selepas itu, kami [beberapa orang ikhwah dan akhwat] telah di pelawa olehnya untuk bertandang ke rumahnya untuk berbuka puasa. Dan saat itulah, aku mula lebih mengenali dia dan keluarganya. Moga ‘anak- anaknya’ ini tidak lupa akan setiap pesan dan nasihat yang disampaikan olehnya. Moga dia dan keluarganya terus sihat dan dirahmati Allah selalu :)

* Buat kesekian kalinya dapat ber'skype' dengan famili tercinta semalam. Seronok

** Round Forensik dan Toxikologi dah nak habis menunjukkan saat end round exam semakin hampir.

*** Final 4th year exam pula akan bermula pada 12 Jun sehingga 17 Julai. Doakan :)

Sunday 17 April 2011

Terlaksana

Baru sampai rumah dari kuliah yang habis dalam lebih kurang pukul 2.15 tadi. Sampai saja rumah , terus buka kipas. Tadi pun masa dalam perjalanan pulang, puas juga menyelit di laluan yang agak teduh. Memang wajiblah kan.. Sekarang ini musim panas dan bukan musim sejuk dah… :)

Tapi musim panas ini seronok juga. Dapat tengok bunga sana sini. Paling penting, hajat saya untuk ke tempat tersebut telah saya tunaikan bersama beberapa orang sahabat. Terima kasih kasih kamu bertiga. Terima kasih sebab sama- sama kita ke tempat tersebut untuk melihat keindahan ciptaan tuhan. Dapat juga merehatkan kepala ini sekejap. Alhamdulillah.














Cantik bukan kebesaran Allah? Ini baru taman- taman di dunia, belum lagi taman- taman syurga. Moga Allah redha dengan kita dan meletakkan kita di dalam taman- taman syurgaNya nanti.Ameen...



Saturday 9 April 2011

I'm fine with FnT



I’d been wondering to do a lot of things after the exam. I dreamt to go for a picnic at Hadiqah al-Azhar.



…. or maybe to Alexandria since the weather seem to be so nice these days. It is spring already and nearly to be in the summer. I really want to see those blooming flowers and green grass. Sound refreshing right?



But for now, maybe I should just forget those hopes and be happy for what I’ll be facing tomorrow. It’s going to be a new round, Forensic and Toxicology. Ok…I’ll be focusing myself to these new subject to gain the best knowledge I can get. I hope I’ll be falling in love with you too.


:)


For us, best of luck!

Thursday 31 March 2011

ORL itu ENT

Hilang sedikit ketegangan yang ada dalam kepala setelah pulang daripada kuliah hari ini. Maklumlah, esok sudah mula cuti hujung minggu.. Terasa seperti kelas ENT [ear, nose and throat] kali ini agak singkat pula dan pada minggu hadapan saya dan kawan- kawan akan menduduki end round exam untuk subjek ini. Sebak~ saya telah jatuh cinta dengan subjek ini dan pada minggu depan juga saya terpaksa meninggalkannya untuk meneruskan pengajian di round yang baru pula. [ hehe.. dengan rounds yang lepas pun saya jatuh cinta juga]


Cerita sedikit tentang ‘jalan- jalan’ saya dengan beberapa orang sahabat ke klinik pesakit luar ENT pada minggu lepas. Sebenarnya, hari tersebut merupakan hari cuti bagi kelas kami tapi memandangkan pada hari kelas biasa kami kesuntukkan masa untuk berlama- lamaan di klinik, maka kami pun bersepakat untuk ke sana pada hari tersebut.


Bukan senang sebenarnya untuk ke universiti di kala hujung minggu [ klinik tersebut dalam kawasan universiti kami]. Pada mulanya, penyakit m_ _ _ s ada juga datang menyerang. Tapi hati terus juga memujuk.


……Akhirnya, kaki ini ditakdirkan untuk melangkah ke klinik pesakit luar ENT pada hari tersebut:) Klinik pesakit luar ENT di universiti kami terdiri daripada beberapa bilik kecil seperti klinik- klinik di bahagian yang lain. Secara kebetulan pula, pada hari tersebut doktor- doktor yang ada di klinik semuanya kami tidak kenal. Bukan doktor- doktor yang biasa mengajar kami semasa di kuliah. Jadi kami serbu sahajalah bilik yang ada secara rambang..huhu


Alhamdulillah, dapat berjumpa dengan seorang doktor yang sangat baik. Walaupun pesakit agak ramai pada hari tersebut, beliau tetap tidak lokek untuk mengajarkan kepada kami tentang setiap pesakit yang ada. Belajar tentang CT scan, MRI dan beberapa penyakit yang menarik. Memang tak rugi rasanya datang pada hari tersebut.


Selain itu, perkara yang paling saya suka tentang doktor- doktor yang saya jumpa pada hari tersebut adalah keramahan dan sikap yang baik yang mereka tunjukkan terhadap pesakit- pesakit yang datang. Moga nanti semasa saya berada di alam pekerjaan, saya juga mampu menghadiahkan senyuman dan memberi khidmat yang terbaik terhadap pesakit- pesakit saya pula.


* Adik bongsu nak hadiah tak untuk hari lahir dia?..hehe :)


* *Doakan kami untuk end round exam kali ini ya!


*** Otorhinolaryngology adalah seerti dengan ENT..:)

Monday 14 March 2011

Kuliah hari ini

Rasa bersalah pula meninggalkan blog ini tidak ber’update’ untuk beberapa hari. Selama ini kalau SM ini ditinggalkan berminggu- minggu pun saya tak kisah. Tapi bila sudah letak blog’s stat dekat bahagian tepi blog ini dan melihat jumlah tetamu yang berkunjung semakin bertambah membuatkan saya rasa bersalah pula. He… maaf ya.


Nak update sedikit. Hari ini adalah hari pertama saya akan ke kuliah selepas cuti mengejut tempoh hari :D Tak sabar pula nak menatap wajah doktor- doktor dan pesakit- pesakit yang ada semasa di kelas nanti. Semuanya telah saya siapkan…baju, beg sekolah dan tinggal nak sarapan sahaja lagi. Mana taknya, waktu solat subuh sekarang pukul 4.40 pagi dan saya mempunyai selang masa yang agak panjang sebelum kelas bermula pada pukul 9.00 pagi. Sempat juga saya menyelak beberapa helai muka surat buku ENT [ear, nose and throat]. Biasanya, saya akan berjalan kaki ke kuliah setengah jam lebih awal sebelum kuliah bermula. Tak sabar nak meredah udara sejuk di luar. Sekarang masih musim sejuk lagi~


Moga kita dipermudahkan dalam proses menuntut ilmu Allah ini. Terima kasih atas semangat baru yang dihembus ke dalam diri ini semasa cuti yang lepas. He..Sekian update ringkas. Saya nak sarapan :) Minta maaf salah silap ya!


Menuntut ilmu adalah taqwa, menyampaikannya adalah ibadah, mengulang- ulang ilmu adalah zikir dan mencari ilmu adalah jihad (imam al-Ghazali)

Thursday 10 March 2011

Bermula kembali

Dalam banyak- banyak flight yang saya naik, yang kali ini saya rasa paling lama dan paling menyeksakan. PENAT. Mujur sampai sahaja rumah kami di Abou Risy, tuan rumah sedang sibuk- sibuk mengemas rumah tersebut. Kurang sedikit kerja yang kami perlu lakukan. TERIMA KASIH tuan rumah. Terharu pula.heee...


Kelas pun belum bermula lagi sekarang. Kena tunggu hari Isnin. Kemudian, dalam tempoh kurang daripada sebulan, kami semua akan habis round kali ini dan berdepan dengan end round exam sebelum memulakan round yang keempat pada tahun ini. Ooo, final exam semakin dekat nampaknya...Doakan.


Monday 7 March 2011

the Bond

No place I like the most except my home. The place which I can release all the stresses i've had before and start to soothe my mind. Exaggerated words right? Oh, i don't care..=)


But, in few days onward, I'll be returning to Egypt. Back to school time~ I'm fine with that. Because I'm so sure after this I'll be right back to my homeland whenever there will be any free time.


* It isn't too important for a perception to be the right one or not. What's more important is the way people think and receive it. You got what i mean ?


** If you're doing something, do it PROPERLY. Otherwise, just don't do it!

Wednesday 2 March 2011

Persevere




This task which I chose before is very tough. I'd already think about it lots and lots of time before making this decision. I won't give up in the middle of this long journey. I adore this field so much. I will persevere...insyaAllah:)


* congratulation to my sis for having a blog too, I guess after this when the busy time occur you can update for me any latest news .

Monday 14 February 2011

Award pertama

Pertama kali mendapat award… jazakillah WaNhA. Dapat pada 27 Januari lepas, cuba kira tempoh pemeraman award ini..huhu. Lama sangat. Maaf ya. Maklumlah, sekarang ini baru berkesempatan untuk berintenet.


Bawah ini pula soalan- soalan yang saya kena jawab..:D


1) 4 ciri lelaki idaman untuk dijadikan suami.

Baik- baik, saya cuba lengkapkan jawapan untuk soalan di atas.Huhu.. Blushing pula tulis kat sini. Tapi tak apalah kan..Ciri- cirinya adalah seperti berikut:

a) Cinta Allah dan RasulNya melebihi cinta- cintanya yang lain


b) Beriman


c)Berakhlak


Nabi bersabda; "Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi" ,(Hadith Riwayat Termidzi dan Ahmad)


d) Pemimpin (bertanggungjawab)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu".(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim,
Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)


* Banyaknya perkara yang saya sendiri kena buat untuk menjadi wanita ahli syurga..Moga Allah sentiasa menunjuk jalanNya dan menuntun langkah ini ke arah redhaNya


2) Tips mengekalkan hubungan dengan pasangan.

Payah juga soalan ni…sebab tak kahwin pun lagi :P Mungkin nanti saya (kami..huhu) perlu buat perkara ini..

Tolak ansur


Husnul zon


Etc….


3) Pernah ada jumpa doa pendekat jodoh atau putus cinta?




** Lebih kurang macam doa si pemberi award je..Pasal doa putus cinta tu, saya tak jumpa laa..huhu



4) 10 link pilihan anda & beritahu mereka telah memenangi award ini.


Tak tahulah nak bagi kat siapa, jadi kepada sesiapa yang terbaca entri award ini..anda WAJIB menjawab soalan- soalan di atas ini…jawab dalam hati pun tak apa :D (lebih kurang muhasabah kepada diri sendiri pula)


*** Blogger buat hal, tulisan blog saya jadi buruk :(


Sunday 13 February 2011

Lainnya kali ini




Memang benarlah, apa yang akan terjadi pada esok hari adalah diluar jangkauan akal manusia. Cuti musim sejuk kali ini lain sangat kalau nak dibandingkan dengan cuti- cuti musim sejuk yang lepas. Pada mulanya, memang ada rancangan untuk keluar daripada Mesir ke beberapa negara jiran. Bincang- bincang dengan beberapa sahabat dan akhirnya kami bersepakat untuk ke TULUSY ( Turki, Syria dan Lubnan) Tapi lain pula jadinya. Mungkin ada yang mengatakan bahawa kami sedikit terkilan kerana tidak dapat pergi ke negara- negara tersebut, tapi sebenarnya bagi saya sendiri pengalaman kali ini adalah lebih berharga berbanding apa yang kami rancangkan. Dan pengalaman kali ini juga tidak mungkin kami lupakan.


---> Abbasiyyah (ARMA: 5 hari)

---> Jeddah (Kompleks Tabung Haji Madinatul Hujjaj: ± 5 hari)

---> Malaysia


Dan sekarang menanti saat kembali semula ke bumi Ardul Kinanah. Kembali ke sana untuk menyambung pengajian dan belajar erti kehidupan. Tahniah diucapkan kepada seluruh rakyat Mesir atas kemenangan yang mereka perolehi dan moga kita semua sentiasa diberikan yang terbaik oleh Ilahi.


* Entri ringkas, macam tak menyempat nak menulis. Apa- apapun pun moga kita semua boleh mengambil iktibar dan pengajaran daripada perkara yang telah berlaku ini.

Thursday 20 January 2011

Bermula ENT

Nampaknya telah seminggu round ENT bermula. Berbanding dengan rounds yang lepas, ENT kali ini jadualnya adalah sedikit longgar. Kelas dalam seminggu lebih kurang dalam 3 hari sahaja. Bezanya dalam sehari berkuliah, masanya adalah lebih panjang dan lama berbanding round yang lepas. Sekarang ini masih dalam proses berkenalan dengan cik ENT ini. Moga Allah permudahkan urusan.


Cuma nak menconteng sedikit. Rindu nak meninggalkan kalam dekat SM ini.


Katakanlah, " Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur [67:23]~ Ophthal sudah, sekarang ini ENT pula.. moga dengan tambahnya ilmu, maka bertambah jugalah rasa syukur terhadap Rabbi..


* Minggu depan merupakan minggu terakhir kuliah sebelum cuti musim sejuk bermula. Tak sabar :)

Thursday 13 January 2011

Eid miladi [gambar]

* Sekeping je? Intenet tak berapa laju sebenarnya. Lambat nak upload banyak- banyak~

** Terima kasih kepada yang mendoakan tak kira yang jauh mahupun yang dekat. Saya sangat- sangat menghargainya..

*** Uhibbukum fillah. Moga ukhuwah kekal hingga ke syurga :)

**** Speechless..


Wednesday 5 January 2011

The moment

Once, I had put on my instant messenger status like this,


“And all I have is today~”


What had happen is, few of my friends asked to me, why did I wrote such a phrase. Well, the answer is simple :) and I do believe all of you out there got to have this kind of feeling too. I was triggered to write those words after reading a book and it soothed my mind.


You’ll see sometime I do keep thinking about the past which has gone by. And of course one of those memories made me to fell a bit regret and sad. The book said, those days which you have gone through will never to return. Why all of us should bother to think about all of them?


The same goes to the future which has not yet come to us. Sometime we are too anxious about them or we might just be the one who are very excited to be in those world. We keep thinking every now and then. Those days are not yet to be created for us.


So, the only precious moment we have in our life is today. We need to do the best of our life as we don’t have anything else. We have to take this chance to become the best of us as a servant towards Allah, as a khalifah in this world, as a daughter towards her family, as a companion towards his/her friends and others. We could not wait any longer as this is the only thing we have.


Dare to dream but never get lost in one of those. Dreams are made for us to become more aware about our future goals and urge us to work harder to get them. They are not that bad. But the way we think might turn them to become the opposite. And the most important thing we have to do is to keep praying! May He helps us in every moments we walk through…


Ibn Umar said, Allah’s Messenger SAW took hold of my shoulder and said, “ Be in this world as if you were a stranger or a traveler.” (The sub- narrator added): Ibn Umar used to say, “ If you survive until the evening, do not expect to be alive in the morning, and if you survive until the morning, do not expect to be alive in the evening. Take from your health for your sickness, and (take) from your life for your death.” [ riwayat al-Bukhari]


* This is my first entry in english, forgive me for the bad writing.huh~


Monday 3 January 2011

Uyun Dauli

Post pertama tahun 2011 :) Alhamdulillah, semalam berkesempatan untuk menyertai beberapa sesi pembedahan mata di Uyun Dauli. Uyun Dauli atau nama lainnya Pusat Mata Kebangsaan, terletak di Dokki seberang Sungai Nil sana.

Selesai sahaja berkuliah dan bersolat kami berempat pun menaiki teksi beramai- ramai untuk ke sana. Sebetulnya, ini boleh dikatakan pengalaman pertama saya memasuki bilik bedah. Sebelum ini dengar- dengar sahaja tentang itu dan ini. Prosedur kebersihan, peralatan dan sebagainya. Prosedur- prosedur ini dijalankan adalah untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman terutamanya terhadap pesakit- pesakit semasa mereka sedang menjalani pembedahan. Agak rumit, tapi amat penting sebenarnya. Mencegah lebih baik daripada merawat kan..

Sampai sahaja di sana, beberapa orang staf nurse terus menyerahkan kepada kami pakaian bilik bedah untuk ditukar. Layanan mereka sangat baik. Terima kasih. Dan setelah semuanya telah bersedia, kami pun ke bilik rehat untuk menanti kedatangan doktor. Sempat bertukar- tukar topik perbincangan dan menangkap beberapa keping gambar ;)

Akhirnya doktor kami pun tiba untuk memulakan sesi pembedahan. Doktor yang sama telah melakukan beberapa pembedahan tanpa henti selama 3-4 jam berturut- turut. Sangat cekap. Dan setiap kali selesai satu pembedahan, doktor tersebut akan berpindah pula ke bilik bedah yang seterusnya untuk meneruskan pembedahan yang lain. Biasanya, terdapat beberapa orang doktor lain yang menguruskan keadaan pesakit sebelum pembedahan dilakukan.

Banyak juga beliau mengajar kepada kami semalam. Terima kasih doktor. Banyak lagi kena belajar lepas ini. Round Ophthalmology pun semakin sampai ke penghujungnya. Minggu depan kami ada peperiksaan sebelum berpindah ke round baru. Doakan.


* Orang Malaysia, selamat kembali ke sekolah :)

** Beberapa hari lepas intenet terputus di rumah. Banyak betul perkara yang tergendala.

*** Esok kelas terakhir Ophthalmology. Bakal merindui~