Thursday 31 March 2011

ORL itu ENT

Hilang sedikit ketegangan yang ada dalam kepala setelah pulang daripada kuliah hari ini. Maklumlah, esok sudah mula cuti hujung minggu.. Terasa seperti kelas ENT [ear, nose and throat] kali ini agak singkat pula dan pada minggu hadapan saya dan kawan- kawan akan menduduki end round exam untuk subjek ini. Sebak~ saya telah jatuh cinta dengan subjek ini dan pada minggu depan juga saya terpaksa meninggalkannya untuk meneruskan pengajian di round yang baru pula. [ hehe.. dengan rounds yang lepas pun saya jatuh cinta juga]


Cerita sedikit tentang ‘jalan- jalan’ saya dengan beberapa orang sahabat ke klinik pesakit luar ENT pada minggu lepas. Sebenarnya, hari tersebut merupakan hari cuti bagi kelas kami tapi memandangkan pada hari kelas biasa kami kesuntukkan masa untuk berlama- lamaan di klinik, maka kami pun bersepakat untuk ke sana pada hari tersebut.


Bukan senang sebenarnya untuk ke universiti di kala hujung minggu [ klinik tersebut dalam kawasan universiti kami]. Pada mulanya, penyakit m_ _ _ s ada juga datang menyerang. Tapi hati terus juga memujuk.


……Akhirnya, kaki ini ditakdirkan untuk melangkah ke klinik pesakit luar ENT pada hari tersebut:) Klinik pesakit luar ENT di universiti kami terdiri daripada beberapa bilik kecil seperti klinik- klinik di bahagian yang lain. Secara kebetulan pula, pada hari tersebut doktor- doktor yang ada di klinik semuanya kami tidak kenal. Bukan doktor- doktor yang biasa mengajar kami semasa di kuliah. Jadi kami serbu sahajalah bilik yang ada secara rambang..huhu


Alhamdulillah, dapat berjumpa dengan seorang doktor yang sangat baik. Walaupun pesakit agak ramai pada hari tersebut, beliau tetap tidak lokek untuk mengajarkan kepada kami tentang setiap pesakit yang ada. Belajar tentang CT scan, MRI dan beberapa penyakit yang menarik. Memang tak rugi rasanya datang pada hari tersebut.


Selain itu, perkara yang paling saya suka tentang doktor- doktor yang saya jumpa pada hari tersebut adalah keramahan dan sikap yang baik yang mereka tunjukkan terhadap pesakit- pesakit yang datang. Moga nanti semasa saya berada di alam pekerjaan, saya juga mampu menghadiahkan senyuman dan memberi khidmat yang terbaik terhadap pesakit- pesakit saya pula.


* Adik bongsu nak hadiah tak untuk hari lahir dia?..hehe :)


* *Doakan kami untuk end round exam kali ini ya!


*** Otorhinolaryngology adalah seerti dengan ENT..:)

No comments: