Friday 17 December 2010

Dari mata II

Baru sahaja menyelesaikan perkara tersebut. Alhamdulillah projek telah siap :D Terima kasih Ya Allah..huhu, ingatkan tak sempat tapi nampaknya semua berjalan dengan lancar.


Dan sekarang ini telah masuk beberapa hari, musim Syita’ menghembuskan nafasnya. Sejuk. Siap beribut pasir lagi beberapa hari lepas menyebabkan Visual field menjadi agak samar- samar sedikit. Tapi sekarang ini cuaca sudah semakin stabil . Suhu yang rendah tapi masih boleh bertabah nak buat kerja dan bergerak ke sana sini. Maklumlah pemanas air, baju sejuk dan selimut semuanya ada untuk membantu. Jadi memang tak ada alasan yang kukuhlah untuk saya bermanja- manja musim sejuk ini.


Sedar tak sedar juga sebenarnya sekarang ini tinggal kurang daripada sebulan lagi untuk peperiksaan end round ophthalmology. Sekejap sangat. Dan macam biasa ada beberapa tasks yang doktor- doktor bagi sebelum peperiksaan nanti. Huhu… Tak apa, mood masih baik lagi dengan ophthal.

Masih tentang mata lagi :) Saya teringat kat lagu ini. Hayatilah ye~


Pandangan mata selalu menipu

Pandangan akal selalu tersalah

Pandangan nafsu selalu melulu

Pandangan hati itu yang hakiki

Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih

Pandangannya kan menembusi hijab

Hati jika sudah bersih

Firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati bila dikotori

Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah

Jasad lahir tumpuan manusia

Utamakanlah pandangan Allah

Daripada pandangan manusia


--> Pandangan mata, Hijjaz


* Selamat ulang tahun kelahiran buat lin, huhu... moga najah dunia akhirat

** Eid milad juga kepada sahabat- sahabat yang menyambut ulang tahun kelahiran hari ini.

.

Monday 6 December 2010

Hijrah ini


                  Tentang hari ini dan esok yang menanti. Sedar ataupun tidak, rupanya kita kini  telah berada jauh dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW. Ya, kita telah memasuki tahun baru, 1432 H. Masa memang akan sentiasa datang dan pergi. Hari ini kita ditinggalkan dengan sebuah sirah yang memaksa kita untuk berfikir dan mengambil tauladan daripadanya. Sekadar sedikit cetusan minda untuk direnungkan, kalau dulu kita lihat Rasulullah memaknakan hijrah baginda SAW untuk menyebarkan Islam dengan menunjukkan kepada kita sebuah qudwah yang cukup hebat sepanjang misi dakwah baginda SAW. Kini sudah tentu giliran kita pula, sebagai umat baginda SAW. Tapi bagaimana ya?

Rasulullah SAW pernah bersabda:


                  “Tiada Hijrah (ke Madinah) selepas pembukaan Kota Mekah, tetapi yang kekal wujud hanyalah jihad dan niat. Apabila kamu diseru untuk berjihad hendaklah kamu menyahutnya.” (Riwayat al-Bukhari)

                  Moga di tahun baru ini kita perbaharui niat kita dan berazam untuk berjihad bersungguh- sungguh demi redha Allah. Ubah diri supaya menjadi hamba Allah yang lebih baik dan moga kita tidak 'diperhambakan' oleh nafsu dan mainan dunia. Jom perbaiki diri :) 

                   “Apabila engkau berada pada waktu petang, jangan engkau tunggu sampai esok pagi. Apabila engkau berada pada waktu pagi, jangan engkau tunggu sampai petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan ambillah peluang dari kehidupanmu untuk selepas matimu.”( Ibnu Umar)