Monday 6 December 2010

Hijrah ini


                  Tentang hari ini dan esok yang menanti. Sedar ataupun tidak, rupanya kita kini  telah berada jauh dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW. Ya, kita telah memasuki tahun baru, 1432 H. Masa memang akan sentiasa datang dan pergi. Hari ini kita ditinggalkan dengan sebuah sirah yang memaksa kita untuk berfikir dan mengambil tauladan daripadanya. Sekadar sedikit cetusan minda untuk direnungkan, kalau dulu kita lihat Rasulullah memaknakan hijrah baginda SAW untuk menyebarkan Islam dengan menunjukkan kepada kita sebuah qudwah yang cukup hebat sepanjang misi dakwah baginda SAW. Kini sudah tentu giliran kita pula, sebagai umat baginda SAW. Tapi bagaimana ya?

Rasulullah SAW pernah bersabda:


                  “Tiada Hijrah (ke Madinah) selepas pembukaan Kota Mekah, tetapi yang kekal wujud hanyalah jihad dan niat. Apabila kamu diseru untuk berjihad hendaklah kamu menyahutnya.” (Riwayat al-Bukhari)

                  Moga di tahun baru ini kita perbaharui niat kita dan berazam untuk berjihad bersungguh- sungguh demi redha Allah. Ubah diri supaya menjadi hamba Allah yang lebih baik dan moga kita tidak 'diperhambakan' oleh nafsu dan mainan dunia. Jom perbaiki diri :) 

                   “Apabila engkau berada pada waktu petang, jangan engkau tunggu sampai esok pagi. Apabila engkau berada pada waktu pagi, jangan engkau tunggu sampai petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan ambillah peluang dari kehidupanmu untuk selepas matimu.”( Ibnu Umar) 


No comments: