Thursday 25 November 2010

Dari mata


imej google


Baru selesai minggu pertama round ophthalmology. Sebelum ini ada juga bayangkan perihal round ini dan seringkali juga tertanya- tanya mengapa sesetengah doktor begitu berminat dengan bahagian mata ini ya :D Apalah yang mengujakan sangat tentang dua biji organ sebesar bola ping pong ini.


Dan setelah sesi perkenalan dengan mata selama seminggu pertama ini, perkataan yang sesuai untuk saya ungkapkan sekarang adalah TERUJA. Mata bukan sekadar sepasang organ bulat. Lebih dari itu sebenarnya. Setiap unit- unit sel yang terdapat pada mata mempunyai peranan masing- masing dan perlu bekerjasama untuk menghasilkan imej yang normal pada otak manusia. Ada yang berfungsi sebagai reseptor, ada yang membekalkan nutrisi dan macam- macam lagi. Tak akan sempurna pembentukan sesuatu imej jika terdapa kerosakan pada salah satu daripadanya.


Macam juga manusia, kita dijadikan berbeza- beza dan punya peranan masing- masing. Tapi ingat kita semua tetap mempunyai matlamat yang sama untuk membentuk ‘imej’ yang tebaik iaitu agar Islam dipandang mulia dalam diri kita. Matlamat ini besar dan sebetulnya, setiap diri kita berusaha bersungguh- sungguh untuk mencapai matlamat ini agar Allah redha. Sebab itulah kita semua perlu berusaha dan bekerjasama bersungguh- sungguh untuk mencapai tujuan besar ini.


“ dan Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari qiamat, maka tidak seorang pun dirugikan walau sedikit, sekalipun hanya seberat biji sawi, pasti Kami akan mendatangkannya [ pahala]. Dan cukuplah Kami yang membuat perhitungan” (surah al-Anbiya’, 47)


Tak sempat nak menulis panjang. Lain kali mungkin..:) Apa- apapun moga Allah redha dengan kita.

No comments: