Monday 3 January 2011

Uyun Dauli

Post pertama tahun 2011 :) Alhamdulillah, semalam berkesempatan untuk menyertai beberapa sesi pembedahan mata di Uyun Dauli. Uyun Dauli atau nama lainnya Pusat Mata Kebangsaan, terletak di Dokki seberang Sungai Nil sana.

Selesai sahaja berkuliah dan bersolat kami berempat pun menaiki teksi beramai- ramai untuk ke sana. Sebetulnya, ini boleh dikatakan pengalaman pertama saya memasuki bilik bedah. Sebelum ini dengar- dengar sahaja tentang itu dan ini. Prosedur kebersihan, peralatan dan sebagainya. Prosedur- prosedur ini dijalankan adalah untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman terutamanya terhadap pesakit- pesakit semasa mereka sedang menjalani pembedahan. Agak rumit, tapi amat penting sebenarnya. Mencegah lebih baik daripada merawat kan..

Sampai sahaja di sana, beberapa orang staf nurse terus menyerahkan kepada kami pakaian bilik bedah untuk ditukar. Layanan mereka sangat baik. Terima kasih. Dan setelah semuanya telah bersedia, kami pun ke bilik rehat untuk menanti kedatangan doktor. Sempat bertukar- tukar topik perbincangan dan menangkap beberapa keping gambar ;)

Akhirnya doktor kami pun tiba untuk memulakan sesi pembedahan. Doktor yang sama telah melakukan beberapa pembedahan tanpa henti selama 3-4 jam berturut- turut. Sangat cekap. Dan setiap kali selesai satu pembedahan, doktor tersebut akan berpindah pula ke bilik bedah yang seterusnya untuk meneruskan pembedahan yang lain. Biasanya, terdapat beberapa orang doktor lain yang menguruskan keadaan pesakit sebelum pembedahan dilakukan.

Banyak juga beliau mengajar kepada kami semalam. Terima kasih doktor. Banyak lagi kena belajar lepas ini. Round Ophthalmology pun semakin sampai ke penghujungnya. Minggu depan kami ada peperiksaan sebelum berpindah ke round baru. Doakan.


* Orang Malaysia, selamat kembali ke sekolah :)

** Beberapa hari lepas intenet terputus di rumah. Banyak betul perkara yang tergendala.

*** Esok kelas terakhir Ophthalmology. Bakal merindui~

No comments: