terima kasih pemilik gambar
:)
Lama tak menulis. Sihat semua? Baiklah,
cerita sedikit tentang round saya yang
sekarang ini. Obstetrik dan gynaekologi. Tak sangka sungguh. Baru beberapa hari saya berkenalan dengan subjek ini, dah jatuh cinta. sekarang, tinggal lebih
kurang sebulan lebih lagi sebelum saya dan kawan- kawan yang lain akan menghadapi
peperiksaan. Gulp~
Periksa…
Kebanyakkan daripada kita memang
alergik sungguh dengan periksa- periksa ini. Pantang dengar, mesti nanti ada di
kalangan kita yang merasa tertekan lah..hmm, macam- macam lagi. Ok, banyak lagi
peperiksaan lain yang kita terpaksa hadapi sebenarnya contohnya seperti kesakitan,
musibah, rasa sedih dan perlu kita ingat kesenangan juga merupakan salah satu
daripada ujian.
Ingat tak…
“ Maha Suci Allah yang menguasai
segala kerajaan, dan Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan
hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia
Maha Berkuasa, Maha Pengampun. [ surah Al-Mulk, ayat 1-2]
Iya, memang Allah nak menguji
kita sama ada kita ini tahan tak dengan
ujian ataupun kita cepat berputus asa dari rahmat Allah. Dia juga memberi
peluang kepada kita untuk berdoa dan terus berdoa kepadaNya supaya kita lebih rapat denganNya atau adakah kita
ini sebagai seorang hamba yang semakin jauh pula daripadaNya apabila sesuatu ujian
itu menimpa diri kita..
Jom kita cuba hayati beberapa sirah
nabi- nabi terdahulu. Rasulullah S.A.W merupakan insan yang sangat banyak
menerima ujian ketika dakwah baginda S.A.W. Malah sampai suatu tahap baginda
S.A.W diancam bunuh oleh pihak kafir Quraisy semasa peristiwa hijrah dan
rancangan tersebut tidak berhasil kerana Allah sentiasa memelihara Rasulullah
S.A.W. Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail
dengan ujian yang lain pula. Ujian dalam melawan godaan syaitan yang cuba
menghasut agar mereka tidak menjalankan perintah Allah.
Nabi Sulaiman a.s yang terkenal
dengan kekayaannya pula diuji dengan hartanya dan harta tersebut sedikit pun
tidak menyebabkannya terpesong untuk ke arah mencintai dunia.
Kalau kita renungi sirah- sirah ini kita dapati setiap daripada utusan- utusan Allah ini telah diberikan pelbagai bentuk ujian sepanjang kehidupan mereka..Sedangkan nabi- nabi pun diuji, inikan
pula kita dan sesungguhnya Allah menguji hamba- hambaNya mengikut kemampuan
masing- masing!
terima kasih pemilik gambar
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang
dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya…………”
[ surah Al-Baqarah, ayat 286]
Ujian buat kita memang akan sentiasa ada dan moga- moga kita akan sentiasa sabar dan lebih rapat kepadaNya..:)