Sunday 24 October 2010

Macam-macam ragam

Sudah lama tak menulis suatu apapun di sini. Aktiviti penulisan di sini tergendala sebentar. Bukan sebab tidak mahu menulis, tapi sekarang ini memang saya agak sibuk dengan jadual kelas yang sesak. Malam ini terpaksa juga menulis sebab tangan dah rasa macam tak tertahan lagi nak menekan keyboard. Sekarang saya nak tarik nafas dalam- dalam. Ambil masa merenung sebentar. Bukan bermaksud untuk merehatkan minda, oh…saya tidak mampu melakukan yang  itu sekarang memandangkan lagi dua minggu saya akan menghadapi peperiksaan..:] End Round Exam untuk Commed.

Cerita sedikit, sepanjang round kali ini saya banyak merayau- rayau ke sana sini untuk berjumpa dengan masyarakat Mesir. Pergi rumah orang tua, pusat jagaan kanak- kanak, klinik, masuk kampung dan banyak sangat lagi. Seronok, sebab  ini adalah kali pertama saya berpeluang untuk berjalan- jalan sambil belajar macam ini.  

Macam- macam orang  saya jumpa. Adakalanya, berziarah dengan  golongan tua mahupun yang  muda. Berjumpa  dengan golongan yang kaya mahupun yang miskin. Yang sihat dengan yang sakit. Banyak betul ragam manusia ini kan? Lalu saya mula merenung diri saya sendiri. Membandingkan insan kerdil ini dengan orang lain. Setiap dari kita di atas muka bumi ini melalui pelbagai bentuk ujian mengikut kemampuan masing- masing. Allah nak lihat, siapa di antara hamba-hambaNya yang benar- benar bertaqwa. Kita mampu sebenarnya. Teruskan melangkah ok!

"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman."(Ali Imran: 139)

* Juga sedang memujuk diri supaya terus berusaha.

** Ujian tak lama lagi. Doakan kami~

 

 

No comments: