Alhamdulillah, lewat petang semalam saya telah selamat kembali semula ke bumi Kaherah. Perjalanan KL- Bahrain dan Bahrain- Cairo memakan masa dua hari. Memang agak memenatkan dan sebetulnya baru pagi tadi saya selesai mengemas barang semua.
Pantas sangat masa berlalu dan sekarang adalah musim ‘kembali ke sekolah’. Cuti di Malaysia tempoh hari memang menyeronokkan dan sekarang tak sabar pula rasanya untuk kembali berkuliah pada hari ahad nanti. Rindu. Inilah antara sebab mengapa saya merindui Mesir.
Dan sudah tentu, saya rindukan Malaysia. Rindu kepada mereka semua. Kepada keluarga saya dan rakan- rakan semua. Kalau tiada aral melintang, tahun depan saya akan balik lagi. Doakanlah ye:)
Selamat kembali ke kuliah kepada diri sendiri dan sesiapa yang berkenaan. Belajar sungguh- sungguh ok!
*Saya mengantuk , jadi terpaksa merapu di blog..nak hilangkan jetlag konon :)
** Setakat ini ada 4 reports yang saya kena buat, dan akan bertambah lagi pada minggu- minggu akan datang. Banyaknya~
*** Esok nak beli buku di universiti
**** Barang- barang dan bilik sudah kemas..seronok walaupun penat:)
No comments:
Post a Comment